Halaman

Sabtu, 5 Mei 2012

(Cool) SteamRail, Alat Memudahkan Kerja Menggosok Baju


Nampaknya, kerja menggosok baju akan menjadi lebih mudah selepas ini apabila sebuah syarikat di Britain iaitu Displaysense mencipta sebuah alat yang diberi namaSteamRail sebagai pengganti seterika yang boleh menghilangkan kedutan 35 pakaian dalam masa sembilan minit.
SteamRail
Jurucakap Displaysense, Jim Moody berkata, produk mudah alih itu adalah yang pertama dicipta dan ia juga boleh dilipat selepas digunakan. SteamRail yang setanding dengan sistem seterika stim berteknologi itu akan berada di pasaran dengan harga 234 pound (RM1,157).